Pemakanan tingkatkan keupayaan otak
PEMAKANAN yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah jantung dan kanser tetapi turut merangsang otak yang subur. Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kesuburan otak.
Pensyarah dalam bidang neurosurgeri di University of California, Los Angeles (UCLA), Profesor Fernando Gomez Pinilla telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak dan beliau dapati pemakanan yang sesuai dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stres dan gangguan emosi.
Ramai ibu bapa yang mungkin terlepas pandang betapa pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak.
Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Lanka.
Beliau memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif dari segi tingkah lakunya.
Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada 2009, kajian yang dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif.
Maka jelas sekali bahawa pemakanan yang baik penting bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang.
Menurut, pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad yang telah 20 tahun menjalankan program untuk pelajar, terdapat beberapa syarat bagi memastikan anak-anak fokus dan cemerlang dalam pelajaran iaitu pemakanan yang baik, sikap yang positif, teknik dan strategi belajar yang mantap serta guru yang cemerlang.
Namun, kesan pemakanan adalah yang paling utama kerana ia berkaitan langsung dengan kesuburan otak lalu menentukan keupayaan otak untuk mencerap dan memproses maklumat.
Menyedari akan kepentingan pemakanan dan kaitan langsungnya dengan otak maka beliau telah menghasilkan satu produk yang menggabungkan bahan-bahan daripada pemakanan sunnah dan juga pemakanan herba yang secara saintifik terbukti bagus untuk otak yang dipanggil sebagai JuzQ30.
Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam Al-Qur'an iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis. Produk ini juga menggunakan air zamzam yang telah digunakan untuk membasuh zaffaran yang telah dijadikan dakwat untuk menulis 6,236 huruf Al-Qur'an.
Kalau sebelum ini ibu bapa mengambil ikhtiar dengan memberikan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan minum air kosong yang telah dibacakan dengan Surah Yasin, kini dengan adanya JuzQ30, ia bukannya air kosong tetapi kandungan pemakanan yang mengandungi lebih daripada 10 bahan yang bagus untuk otak dan diterapikan pula dengan 30 juzuk Al-Qur'an.
Antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan antara tiga ke enam bulan ialah:
* Menyuburkan sel-sel otak.
* Meningkatkan daya fokus dan tumpuan.
* Menstabilkan frekuensi minda.
* Memberikan ketenangan.
* Meningkatkan keupayaan mengawal emosi.
* Terang hati dan mudah faham.
* Melembutkan hati yang degil.
* Cepat ingat dan pantas berfikir.
* Meningkatkan semangat belajar.
* Memudahkan hafalan.
* Membantu melancarkan perjalanan darah.
JuzQ30 ini boleh diambil pada semua peringkat usia kerana ia adalah pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Malah ia sangat baik kepada ibu-ibu mengandung kerana bayi sedang membesar dan sel-sel otaknya sedang terbina. Sebaiknya diambil ketika perut kosong terutamanya sebelum tidur agar nutrisi dan zat jus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika tidur.
Klik Untuk Artikel Penuh
© Utusan Melayu (M) Bhd

7 Makanan Sunnah Yang Patut Anda Amalkan
Menjaga pemakanan sangat penting untuk satu organ kita yang sangat penting iaitu otak. Mengapa menjaga pemakanan itu penting di dalam Islam? Di sini saya melihat pada konteks yang diajarkan Allah swt di dalam Al-Qur’an seperti firmannya:
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah: 172)
Ya, makanlah dari rezeki yang baik-baik sebagai tanda syukur pada nikmat dari Allah swt. Menjaga pemakanan bermakna kita juga menjaga tubuh fizikal yang dikurniakan Allah swt. Ini juga menjadi sebahagian ibadah sebagai hamba Allah, salah satu cara hidup dalam Islam. Rezeki yang baik-baik pula semestinya halal kerana setiap yang haram dan dilarang oleh Allah swt dan RasulNya adalah memudaratkan manusia.
Dari Al-Qur’an telah diberi panduan bagaimana mencari yang terbaik bagi diri kita. Rasulullah saw juga amat tegas tentang soal menjaga kesihatan dan keberadaan tubuh badan seperti sabda Baginda:
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.”Hadis Riwayat Bukhari
Menunaikan hak terhadap tubuh badan adalah menjaganya dengan baik serta selamat dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani bagi memastikan tubuh badan kita dapat berfungsi secara optimum dan berupaya mencapai potensi dan matlamat hidup berpandukan agama. Menjadi Mukmin yang kuat juga adalah lebih dituntut berbanding dengan mukmin yang lemah seperti sabda Baginda saw lagi:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”Hadis Riwayat Muslim
Oleh itu, kali ini saya ingin berkongsi sunnah Rasulullah s.a.w sebgai panduan dalam pemlihan makanan yang diambil yang mana secara tidak langsung dapat membantu agar tubuh badan kita menjadi lebih sihat.
Dengan izin Allah swt juga, makanan-makanan ini bukan sahaja membantu mencerdaskan otak malah memberi kesihatan tubuh, melambatkan, mencegah serta membantu kesembuhan pada penyakit-penyakit yang melibatkan struktur dan fungsi otak seperti Dementia, Schizophrenia, Alzheimer, Parkinson, Strok dan lain-lain penyakit lagi.
Makanan Sunnah #1 – Madu
Madu merupakan satu-satunya makanan dihasilkan oleh lebah yang memiliki kesemua komponen keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Madu disebut dengan pelbagai kelebihan di dalam Al-Qur’an.
Menjaga keberadaan sel adalah sangat penting kerana ada berbilion sel yang menjadi komponen utama otak. Otak memerlukan sel-sel dan saraf yang sentiasa berhubung bagi melakukan penyampaian matlumat agar mudah dan cepat diproses dan disimpan di dalam memori.
Terdapat banyak lagi kelebihan pada madu yang menjadi penawar pada pelbagai penyakit dan ini selari dengan janji dalam firman Allah swt:
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Al-Nahl: 69)
Makanan Sunnah #2 – Kismis
Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.
Ramai ulama’ menggalakkan pelajar mereka mengamalkan kismis.
Kismis juga merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak. Sabda Rasulullah saw tentang kismis adalah:
“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”
Manakala ramai ulama’ yang menggalakkan pelajar mereka memakan kismis untuk menambah daya ingatan otak seperti Ibni Qayyim sebagai berkata:
“Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis.”Petikan kitab Tibb an-Nawawi
Kismis sebagai makanan otak telah lama dibuktikan dalam amalan pemakanan para ulama’ Islam yang rata-rata berjaya meraih taraf ilmuwan di usia muda dan dalam pelbagai bidang. Pencapaian luar biasa para ulama’ terdahulu membuktikan tahap luar biasa kapasiti otak yang mereka bentuk sejak kecil lagi.
Makanan Sunnah #3 – Kurma
Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik di dunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.
Kurma di iktiraf oleh Rasulullah s.a.w sebagai buah yang bagus untuk otak.
Antaranya kurma dapat membantu pesakit anemia, menguatkan tulang, meningkatkan tenaga batin, mengawal berat badan, mencegah kanser dan mengelak serangan angin ahmar. Potassium di dalam kurma pula menjadi agen utama dalam menjaga kesihatan sistem saraf. Ini telah meningkatkan kepantasan dan ketajaman aktiviti otak.
Amalan memakan kurma bukan sahaja boleh dilakukan oleh individu malah digalakkan kepada wanita mengandung untuk memakannya bagi membentuk otak yang sihat buat bayi di dalam kandungan. Buah kurma juga telah diiktiraf oleh Rasulullah saw sebagai makanan yang baik untuk otak seperti sabda Baginda:
“Berilah makan kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Ini dikuatkan lagi dengan kisah Maryam di dalam Quran di mana Allah swt telah menjadikan kurma sebagai santapan Maryam setelah kelahiran Nabi Isa as. Ini membuktikan keajaiban kurma sebagai penyembuh dan zat lengkap bagi manusia.
Makanan Sunnah #4 – Buah Tin
Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, – Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin: 1-4)
Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu surah di dalam Qur’an dinamakan dengannya. Apa yang menyebabkan buah ini mendapat kedudukan yang istimewa di dalam Islam? Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah kecil ini ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.
Secara saintifiknya apabila komponen dan keperluan badan adalah lengkap, maka badan akan berada dalam keadaan kesihatan yang optimum kerana mampu berfungsi dengan baik. Istilah ‘you are what you eat‘ juga ada benarnya. Buah tin banyak membantu menyihatkan sistem pencernaan. Apabila sistem penghadaman sihat maka segala nutrisi dan khasiat makanan dapat diserap dengan sepenuhnya oleh darah.
Hebatnya buah tin sehingga dinamakan sebagai satu surah.
Aktiviti penyingkiran toksin dan sisa buangan juga dapat dilakukan dengan lebih efisien. Darah yang terhasil adalah lebih berkualiti dan darah ini akan mudah diangkut ke seluruh badan termasuk otak. Bukan sahaja otak mendapat segala kebaikan malah antioksida, vitamin dan mineral dari buah ini juga dapat mengelak keradangan otak dan meningkatkan fungsi otak. Buah tin yang juga dapat mengawal tekanan darah mampu membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok.
Keistimewaan demi keistimewaan yang banyak dari buah kecil ini tidaklah mustahil apabila buah ini diangkat sebagai buah dari syurga seperti sabda Baginda saw:
“Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata, ‘inilah buahnya (tin)’, sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya.”Hadis Riwayat Abu Darda; Suyuti
Makanan Sunnah #5 – Minyak Zaitun
Saya cukup terpikat dengan pujian Allah swt kepada minyak zaitun yang bercahaya dan menjadi sumber cahaya di dalam surah an-Nur ayat 35 seperti berikut:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Nuur: 35)
Ayat ini bukan sahaja memberi gambaran betapa indahnya cahaya itu malah menjadikan saya berfikir apakah yang menjadikan minyak zaitun bukan sahaja bercahaya seperti di dalam ayat di atas malah para ulama’ mengatakan bahawa minyak zaitun boleh menerangi hati seorang penuntut ilmu menjadikan hafalannya mudah dan hidayah Allah swt sentiasa menaunginya.
Suatu ilmu akan mudah difahami dan dihafal dengan keupayaan otak yang cemerlang. Di dalam Islam, ilmu juga diumpamakan sebagai cahaya. Bagai ada suatu hubungan antara sifat ilmu dan minyak zaitun serta hubung kait dengan otak. Apakah rahsianya?
Para saintis juga telah menemui banyak kelebihan minyak zaitun.
Minyak zaitun kaya dengan polyphenols- antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.
Para saintis juga telah menemui bukti bahawa minyak zaitun memberi kesan yang baik terhadap tulang dan kesihatan penghadaman serta agen anti-kanser. Tubuh badan yang sihat membantu otak menjadi cerdas secara tidak langsung. Secara khusus kepada otak pula, minyak zaitun membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Mungkin kunci utamanya adalah lemak berguna di dalam minyak zaitun yang penting bagi pemantapan kondisi otak kerana 60% komponen otak adalah lemak.
Makanan Sunnah #6 – Habatus Sauda’
Dari dulu lagi saya mengamalkan minyak habatus sauda’ sebagai makanan tambahan untuk diri saya. Jujurnya bukanlah fokus untuk otak kerana ketika itu saya hanya tahu bahawa biji hitam ini sangat baik bagi meningkatkan imunisasi badan dan melawan penyakit (saya jenis yang mudah jatuh sakit).
Kemudian saya mula termenung setelah membaca sabda Nabi saw di dalam Kitab Sahih al Bukhari Muslim, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
“Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda’ kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati.”
Apa yang mengganggu fikiran saya adalah betapa kuatnya penekanan terhadap biji kecil ini sebagai penawar kepada SEGALA PENYAKIT. Terlalu banyak jenis penyakit di atas dunia ini. Mana mungkin biji yang BEGITU KECIL memiliki begitu BANYAK KHASIAT.
Habbatus sauda mempunyai banyak kelebihan yang tidak dapat digambarkan.
Tak logik. Rasa ingin tahu telah menyebabkan saya mula menerokai matlumat mengenai habatus sauda’ dan apa yang saya jumpa sangat hebat. Ya, terlalu banyak khasiat di dalamnya sehingga tidak mampu untuk dinukilkan kesemuanya di dalam artikel ini. Malah kajian masih lagi dijalankan ke atas biji kecil molek ini. Maha Suci Allah dan Maha Sempurna Allah. Siapa saya untuk meragui keAgungan Pencipta alam ini yang Maha Kuasa atas segalanya. Tiada batas untuk Dia melakukan apa sahaja.
Dalam banyak-banyak penyakit yang boleh disembuhkan dan dielakkan dengan mengamal habatus sauda’ (insya-Allah), saya pilih satu yang paling menarik perhatian saya. Minyak habatus sauda’ telah terbukti mampu merawat penyakit epilepsi. Secara umum apabila suatu pekerjaan dilakukan, bahagian otak yang tertentu akan menghantar isyarat bagi melaksanakan pekerjaan itu.
Namun apa yang berlaku kepada pesakit epilepsi adalah semua bahagian otak tiba-tiba menghantar isyarat secara serentak sehingga mewujudkan kecelaruan kepada pesakit yang menyebabkan sawan. Kajian pada tahun 2007 ke atas kanak-kanak yang menghidap penyakit ini mendapati bahawa minyak habatus sauda’ dapat mengurangkan serangan sawan ke atas kanak-kanak ini. Ini hanya satu daripada banyak lagi kelebihan habatus sauda’ yang membantu pemulihan keadaan otak seterusnya mengoptimumkan kapasiti otak.
Makanan Sunnah #7 – Susu Kambing
Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.
Susu kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang. Kebaikan susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika peristiwa Isra’ Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah saw telah memuji pilihan Baginda iaitu susu. Jibril berkata,
“Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamr, nescaya binasalah umatmu.”
Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina sistem saraf.
Walaupun tidak dinyatakan susu apa yang dihidang kepada Baginda ketika itu namun cukup jelas bahawa Allah telah memberi nikmat yang besar kepada manusia melalui susu dan meminum susu juga menjadi sunnah KekasihNya sendiri. Begitu dekatnya susu dengan manusia sehingga susu adalah sebahagian dari fitrah manusia. Susu kambing paling menjadi kegemaran Rasulullah saw terutamanya yang diminum terus selepas diperah.
Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu sendiri. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.
Selain itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.
Suka saya ingin pembaca supaya jelas bahawa proses penutrisian otak adalah berkait rapat dengan sistem penghadaman yang baik. Susu kambing telah terbukti mampu merawat Crohn’s disease iaitu suatu penyakit yang kronik melibatkan sistem penghadaman. Keadaan gastrik yang teruk juga boleh dipulihkan dengan susu kambing.
Melalui sistem penghadaman yang sihat, segala nutrisi yang kaya di dalam susu dapat dimanfaatkan bukan sahaja pada otak malah keseluruh tubuh manusia. Di sini jelas sunnah meminum susu kambing sangat penting dalam kesihatan dan kekuatan seorang muslim. Betapa besarnya hikmah dan nikmat Islam kepada kita.
Makanan Sunnah Menjadikan Anda Genius! Pembaca yang budiman, dengan mengamalkan makanan-makanan sunnah ini, kita boleh menjadi seorang yang genius! Namun menjadi genius bukan bergantung kepada makanan yang diambil semata-mata. Makanan hanya sebahagian dari kunci-kunci rahsia menjadi genius. Dengan izin Allah swt juga barulah nikmat makanan dapat dimanfaatkan oleh kita.
Sepanjang pemerhatian dan kajian saya ketika di pengajian tinggi kepada kisah hidup para ilmuwan Islam di dalam sejarah, para pensyarah dan rakan-rakan saya yang genius, ternyata genius juga bergantung kepada tabiat, aktiviti, akhlak, personaliti dan teknik belajar seseorang individu. Justeru mengenali kunci-kuncinya akan membuka peti-peti rahsia untuk meningkatkan potensi diri yang sebenar manusia.
Ternyata juga apabila seorang muslim mengenali kunci-kunci ini, kita tidak akan hairan dengan firman Allah swt di dalam surah ali Imran ayat 110 bahawa Umat Islam adalah sebaik-baik umat. Petunjuk sudah ada di situ. Islam itu adalah cara hidup menyeluruh yang membawa kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Al-Qur’an dan hadis ada menunjukkan caranya. Maka, di mana kunci-kunci itu? Di mana kita yang sepatutnya menggenggam kunci-kunci itu?
Credit to Nurul Akmal Ibrahim

Bahan-bahan pemakanan minda juzQ30
1. AIR ZAMZAM
Ditulis dengan 6,666 ayat Al-Quran, dibacakan 30 juzuk Al-Quran dan digunakan untuk mengadun semua extrak lebih dari 10 bahan-bahan nutrisi. Berfungsi untuk menguatkan daya ingatan, membantu penyerapan nutrisi, melancarkan peredaran darah dan mengelakkan punca sakit kepala dan strok.
2. GLUKOSA
Membantu menghasilkan tenaga untuk sel otak supaya fokus dan mempunyai daya ingatan yang kuat.
3. ZA'TAR
Za'tar atau Thyme dilengkapkan dengan vitamin dan mineral yang penting untuk kecergasan otak. Ia mengandungi zat besi, kalium dan kalsium bagus untuk komponen sel dan cecair badan yang diperlukan bagi mengawal tekanan darah dan juga sistem pernafasan. Malahan, Za'tar sangat bermanfaat untuk neurotransmitter dalam otak.
4. MANNA
Manna berfungsi bagi melawan penyakit jantung
"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu; dan tidaklah mereka menganiaya Kami akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri". Petikan Surah Al Baqarah Ayat 57
5. PEGAGA
Berfungsi sebagai perangsang untuk otak dan mengelakkan penyakit nyanyuk.
6. GINKGO
Gingko memperbaiki peredaran darah di serebrum dan pemancar isyarat saraf. Ia meningkatkan daya ingatan, kewaspadaan mental dan kewarasan mental.
7. KISMIS
Zat besi yang terkandung di dalam kismis membantu menghasilkan darah bagi peredaran oksigen ke otak.
8. KURMA
Berfungsi meningkatkan kecerdasan otak dan menyihaatkan sel darah merah.
9. DELIMA
Buah dari syurga ini berfungsi melindungi otak bayi semasa kelahiran. Ia mengandungi bahan antioksidan, mencegah penyakit nyanyuk dan alzheimer.
10. BADAM
Badam mengandungi protein tenusu yang membantu untuk mendapatkan otak yang bergeliga dan bijak.
11. GARAM BUKIT
Berfungsi membuang toksin serta menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam.
12. BLACKCURRANT
Perisa blackcurrant memberi rasa yang enak pada jus dan boleh meneutralkan racun dalam tubuh serta dapat meningkatkan kecerdasan otak.
13. ZA'FARAN
Merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan menguatkan ingatan.

7 Makanan Hebat Untuk Otak Anda Cerdas
Manusia terdiri daripada empat bahagian fitrah iaitu fizikal, mental, emosi dan rohani. Makanan memenuhi keperluan fizikal manusia agar tubuh badannya dapat berfungsi dengan baik.
Makanan yang berkhasiat pula akan turut membantu perkembangan mental dan mengawal keadaan emosi seseorang. Teknik pemakanan yang baik turut menguatkan rohani apabila makanan tadi membantu kita menjalankan ibadah dengan sempurna dan menjadi muslim yang cemerlang.
Makanan berkhasiat akan membantu perkembangan mental dan emosi seseorang.
Sebelum ini saya berkongsi artikel tentang makanan sunnah yang men’genius’kan anda. Kali ini saya akan berkongsi makanan hebat yang turut membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak kita selain menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang menyeluruh.
#1 – Bijirin Penuh (Wholemeal)
Walaupun otak hanya satu organ yang kecil jika dibandingkan dengan keseluruhan tubuh badan manusia tetapi otak adalah organ yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu 20% daripada keseluruhan tenaga yang dihasilkan oleh badan.
Otak bukan sahaja mengawal aktiviti yang dirancang seperti berfikir, menulis, bergerak dan lain-lain. Malah otak juga mengawal aktiviti di luar kawalan kita seperti degupan jantung, denyutan nadi, menghantar matlumat, menerima isyarat deria, pengaliran darah keseluruhan badan dan banyak lagi dalam sistem bio tubuh kita.
Otak adalah organ utama yang Allah anugerahkan kepada manusia bagi mengawal selia semuanya agar berfungsi secara automatik. Ini sudah cukup menggambarkan betapa banyaknya kerja yang dilakukan oleh otak dan betapa banyak tenaga yang diperlukan.
Di sini peranan bijirin penuh amat penting kerana bijirin penuh dapat memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya yang perlahan mampu memberi tenaga dalam tempoh yang lama.
Hasilnya, kita dapat memberi lebih tumpuan dan fokus ketika bekerja dalam jangka masa yang panjang. Vitamin B di dalamnya juga dapat memelihara sistem saraf yang menjadi tunjang utama bagi mekanisme kerja otak.
Roti adalah salah satu makanan wholemeal yang boleh diambil.
Saya sarankan mengambil bijirin untuk sarapan pagi kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengahari boleh melesukan otak yang dipaksa bekerja tanpa makan. Tabiat bersarapan pagi juga sangat baik untuk otak malah dapat mengelakkan kelupaan dan nyanyuk. Antara bijirin yang menjadi sunnah Rasulullah saw adalah seperti barli dan gandum yang dibuat roti.
#2 – Omega 3, Omega 6, DHA & EPA
“Ternyata sel-sel otaknya sedang berhubung!” begitulah bunyi iklan susu kanak-kanak yang menekankan peranan DHA dan EPA untuk otak. Kekurangan zat ini ternyata meningkatkan risiko untuk menghidapi alzhemier dan menjejaskan kapasiti memori anda. Justeru, orang dewasa juga memerlukan khasiat ini kerana struktur dan fungsi otak diperlukan seumur hidup.
Omega 3 hadir di dalam minyak ikan dalam bentuk EPA dan DHA. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.
Kebanyakkan sumber omega 3 datangnya daripada ikan.
Selain itu, vitamin B3, B6 dan B12 di dalam minyak ikan juga meningkatkan ketajaman fikiran. Masyarakat Jepun yang gemar menikmati menu ikan mentah dari sushi dilihat mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Jadi tidak hairanlah kenapa saintis mula tertarik untuk mengkaji budu malah masyarakat Jepun juga telah mula meminati budu. Apa pendapat pembaca dari Pantai Timur semua? Selain dari ikan, khasiat ini juga boleh didapati dari minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut.
#3 – Telur
Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang membantu menguruskan daya ingatan anda sehingga anda mampu mengingati di mana anda menyimpan kunci kereta anda.
Telur adalah antara sumber protein yang sangat murah kosnya.
Zat ini juga meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak. Cuma makan telur tu biar berpada-pada ya. Jika berlebihan boleh menyebabkan bau badan samada melalui peluh mahupun angin (senyum).
#4 – Kekacang
Kekacang mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi sebagai sumber tenaga untuk otak. Kekacang juga kaya dengan protein, sumber serat, mineral dan vitamin.
Sebagai contoh kombinasi vitamin E dan tiamin berperanan melindungi membran sel saraf dan otak. Potassium (kalium) pula memastikan fungsi tubuh dan otak berada di paras optimum. Kandungan antioksida di dalam kekacang dapat melawan radikal bebas yang menyerang sel otak.
Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Badam sangat dipercayai oleh bangsa Yahudi sendiri untuk menjadikan anak mereka cerdas dan pintar.
Saya pernah disaran oleh guru agar mengamalkan badam bersama kurma, kismis dan habatu sauda’ sebelum tidur selama 44 hari bersama doanya jika mahu memulakan penghafalan.
Selain itu, seorang ibu muda juga telah berkongsi bahawa antara rahsia pemakanan untuk anaknya yang berjaya menghafal 30 juzuk al Qur’an di usia 3 tahun adalah dengan mengamalkan badam bersama makanan sunnah yang lain.
Kekacang kaya dengan protein, sumber serat, mineral & vitamin.
Kajian yang didedahkan pada tahun 2010 di International Conference on Alzheimer Desease menunjukkan bahawa kacang walnut yang menyerupai bentuk otak terbukti meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia.
Tahukah anda bahawa otak yang tidak dijaga dengan baik akan lebih cepat tua berbanding usia kita? Kajian pada tahun 2009 di dalam Journal of Nutrition Food membuktikan bahawa walnut mampu bukan menghentikan proses penuaan tetapi mengembalikan otak kepada usia yang lebih muda.
Jenis kekacang yang lain adalah seperti kacang tanah, kacang hazel, kacang gajus dan biji bijan. Pensyarah saya seorang doktor falsafah dari Turnisia selalu dilihat menikmati pelbagai kekacang panggang bersama kismis yang dijadikan snek ringan buat mengunyah ketika membuat kerja di pejabat.
Anda juga boleh cuba menggantikan jajan dengan kekacang yang ternyata baik untuk otak anda.
#5 – Sayur-sayuran
Percayalah. Bukan sahaja sayur-sayuran baik untuk kesihatan, mencantikkan kulit, mengawal berat badan malah sangat membantu melindungi otak. Seorang ahli kesihatan David Perlmutter (MD) menulis di dalam “The Better Brain Book” menyatakan bahawa bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak.
Sayuran hijau pekat dan berwarna terang ternyata dapat membantu membendung serangan ini.
Di antara jenis sayuran yang mudah untuk diperolehi.
Bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E nya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Biji labu mempunyai khasiat zink yang bertindak menambah memori dan kemahiran berfikir. Warna terang pada buah labu dan lobak merah pula menunjukkan sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksida untuk membantu sel otak menjadi sihat dan kuat.
Ini salah satu lagi sunnah yang boleh dilakukan kita iaitu sayur labu yang menjadi kegemaran Rasulullah saw juga boleh ditambah di dalam diet harian kita.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
Sumber lain bahan ini boleh juga ditemui di dalam minyak zaitun dan sayur seledri (celery).
#6 – Buah-buahan
Buah-buahan adalah pilihan utama saya bagi makanan yang boleh dimakan sepanjang masa tanpa rasa bersalah kerana kenaikan berat badan (senyum meleret). Buah-buahan memang sinonim dalam menu menguruskan badan tapi berapa ramai yang tahu khasiat buah untuk otak?
Kajian dari Universiti Tuft, USA menunjukkan bahawa keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek bagi mereka yang mengamalkannya. Hasil penelitian Dr Elizabeth Devore bersama pasukannya di Sekolah Harvard pula mendapati wanita yang makan buah-buahan beri memiliki memori yang lebih baik terutamanya dengan faktor peningkatan usia.
Buah seperti strawberry, blueberry dan blackberry misalnya mempunyai anthocyanidins yang tinggi iaitu antioksida yang sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.
Untuk otak lebih cerdas kita perlu amalkan memakan buah setiap hari.
Selain itu, keluarga beri merendahkan tanda-tanda depresi iaitu sejenis tekanan pada sel akibat proses penuaan sekaligus membantu meningkatkan isyarat keupayaan otak. Buah apel pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak dari kerosakan radikal bebas. Buah apel dapat merendahkan risiko alzheimer.
Menurut penelitian Lembaga Pertanian dan Hasil Tani dari Kanada, buah apel merah ternyata mempunyai antioksida yang lebih tinggi berbanding apel yang mempunyai warna kulit yang lebih pucat.
Keluarga limau terkenal kaya dengan vitamin C. Buah oren misalnya mengandungi vitamin C yang baik untuk sistem pertahanan tubuh. Selain itu buah oren mempunyai kandungan flavonoids yang sangat bermanfaat untuk otak.
Haruman segar oren dan lemon boleh merangsang otak dan membangkitkan kita dari rasa mengantuk. Saya sangat suka minum lemon/limau bercampur madu yang dibancuh suam di pagi hari ketika perut kosong.
Bukan sahaja baik untuk otak malah komponennya boleh membersihkan perut selain menjaga kecantikan kulit. Ini ada satu fakta menarik tentang buah kegemaran saya iaitu buah delima. Buah delima juga adalah salah satu buah yang telah disebut di dalam al Qur’an seperti berikut:
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, (Surah Ar-Rahman: 68)
Sesuai sebagai buah penghias syurga, buah delima ternyata mengandungi khasiat yang sangat tinggi seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus.
Dikenali sebagai Super Fruit, buah delima memberi banyak manfaat kepada pesakit kanser lebih-lebih lagi kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.
Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research pula menyatakan, dengan mengambil jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
Buah delima juga adalah sumber bagi asid folik yang tinggi untuk mencegah kecacatan tiub saraf pada bayi. Tidak hairanlah ibu yang makan buah delima bukan sahaja memiliki kulit yang cantik malah anaknya juga dilahirkan sihat dan cerdas. Kerana kebaikannya pada sel dan saraf, buah delima juga membantu pesakit Alzheimer.
Tomato ternyata mempunyai kandungan lycopene yang tinggi iaitu sejenis antioksida yang melawan serangan radikal bebas pada sel.
Kumpulan peneliti dari Institut Penelitian Kesihatan dan Perubatan Perancis mendapati salah satu punca kepada penuaan otak dan dementia adalah kerana kekurangan lycopene dan zeaxathin dalam tubuh.
Tomato juga kaya dengan vitamin B9 yang bersifat melindungi otak dari masalah kehilangan memori dan kehilangan kewaspadaan mental.
Buah pisang selalu dipandang remeh oleh masyarakat kita mungkin kerana begitu mudah untuk mendapatkannya. Saya termasuk dalam kelompok ini, tak hairan melihat pisang apatah lagi nak sentuh dan memakannya.
Namun persepsi saya tentang pisang berubah apabila saya sendiri merasakan manfaat pisang untuk otak dan kesihatan sejak mengamalkannya.
Lebih mengujakan apabila saya terjumpa perkataan pisang di dalam al Qur’an pada satu hari sehingga saya sangat menghargai buah ini.
Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang. Dan air yang sentiasa mengalir, (Surah Al-Waqi’ah:27-31)
Saya kongsikan serba sedikit tentang pisang. Buah pisang kaya dengan nutrien, vitamin, antioksida dan kalium yang baik untuk sistem saraf dan otak. Makan tiga biji pisang sehari, risiko serangan strok dan sakit jantung dapat dikurangkan.
Pisang juga sangat baik untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan tekanan, sakit mental dan ketagihan. Trytophan di dalamnya dapat membantu menenangkan fikiran, mengurangkan tekanan pada otak, membantu mereka yang bergelut dengan ketakutan dan kegemuruhan, obesiti dan tabiat rokok.
Kandungan fosfor di dalam pisang pula dikatakan bermanfaat untuk perkembangan otak dan kemampuan akal seperti kecerdasan, berfikir dan menghafal.
#7 – Coklat
Teksturnya yang halus dan ringan. Di dalam mulut coklat ini cair dengan sensasi yang sungguh mengasyikkan. Terpejam mata saya dibuatnya dek menghayati kelazatan coklat.
Banyak kali juga keseronokkan menikmati coklat menjadikan saya tersenyum sendiri. Tapi jangan tersilap memilih coklat ya. Coklat yang saya maksudkan di sini adalah coklat tulen (pure butter cocoa).
Bukan coklat manis yang menggunakan lemak sayuran biasa (compound chocolate) seperti kebanyakkannya di pasaran.
Coklat ternyata mengandungi flavonoid yang memacu pembentukkan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak. Ini dapat meningkatkan kemampuan memori anda.
Makan coklat dan pembebasan endorphines akan dirangsang dari otak anda. Endorphines bukan sahaja penahan sakit semulajadi malah dapat membantu mengubah emosi anda menjadi lebih tenang dan gembira.
Kehebatan coklat tidak perlu ditunggu ketika dimakan sahaja. Kajian juga membuktikan bahawa dengan menghidu bau coklat sahaja, gelombang theta pada otak akan meningkat seterusnya merangsang ketenangan kepada anda.
Coklat memberi manfaat yang baik untuk kesihatan jantung anda.
Selain menghilangkan tekanan emosi yang tidak bagus untuk otak dan mengelakkan depresi pada diri anda, jelas juga coklat memberi manfaat yang baik untuk kesihatan jantung anda.
Nikmatilah coklat gelap (70% komposisi coklat) untuk menjaga kesihatan anda. Terlalu pahit? Boleh juga menikmati coklat gelap berkomposisi 50% coklat, lebih manis sedikit.
Walaupun kumpulan makanan ini kelihatan kecil iaitu 7 sahaja yang saya kongsikan tapi pada setiap kumpulan makanan terdapat pelbagai pilihan untuk anda. Anda boleh mix & match menu anda setiap hari dengan kreativiti tersendiri.
Sayuran dan buahan yang berwarna-warni misalnya selalu membuatkan saya teruja untuk menyediakannya. Siapa kata makanan sihat itu membosankan?

Kuasa penyembuh milik Allah
ASSALAMUALAIKUM. Saya telah membaca beberapa artikel tuan di Mingguan Malaysia tetapi saya dan mungkin ada pembaca lain masih tertanya-tanya adakah hanya dengan membaca ayat al-Quran, penyakit kronik seperti kanser atau sakit jantung boleh sembuh. Saya berpendapat di zaman moden sekarang, penyakit mesti dirawat dengan cara mengambil ubat, pembedahan atau terapi khusus. Bolehkah tuan terangkan bagaimana ayat al-Quran boleh menjadi penyembuh. Terima kasih.
- Abdul Wahid Bukhari,
Kuala Lumpur.
JAWAPAN:
MINGGU ini saya akan berkongsi mengenai rahsia kehebatan al-Quran sebagai ejen penyembuh penyakit.
Ramai pesakit yang datang berubat bertanya, mampukah al-Quran mengubati penyakit? Bagaimana hanya dengan membaca rangkaian ayat al-Quran, sakit dihidapi mampu sembuh?
Percayalah! Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang diberikan kepada Rasulullah SAW dan kepada kita sebagai umat baginda.
Al-Quran merupakan kalam Allah dan sememangnya kuasa penyembuh itu adalah milik Allah.
Bukanlah sesuatu yang janggal apabila al-Quran dikatakan mampu menjadi ejen penyembuh penyakit. Firman Allah di dalam surah Al-Israa, ayat 82: Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman."
Umum mengetahui bahawa kaedah perubatan yang diamalkan oleh saya dan perawat di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah 100 peratus menggunakan ayat al-Quran.
Kami di Al Hidayah, sangat meyakini mukjizat al-Quran sebagai ejen penyembuh. Bagi saya, jika bukan kita sebagai orang Islam, siapa lagi mahu mengangkat martabat mukjizat agung ini.
Di sini, saya mahu menjelaskan kaedah utama rawatan di Al Hidayah. Secara umum, rawatan bermula dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Kalimah mulia ini sebagai pembuka pintu kepada setiap sesi rawatan bagi pesakit. Kalimah ini membezakan muslim dan bukan muslim.
Kalimah inilah sebagai penyaksian sewaktu lahir dan sebelum kematian. Maka, saya memulakan rawatan dengan lafaz dua kalimah syahadah. Ini menunjukkan tawakal dan kebergantungan kita kepada zat yang Maha Penyembuh, iaitu Allah.
Seterusnya, saya akan membaca surah Al-Fatihah. Surah ini bukanlah hanya boleh digunakan semasa solat, sebaliknya surah Al-Fatihah turut terbukti sebagai ejen penyembuh penyakit yang luar biasa mujarabnya. Kerana itu surah ini digelar ibu segala surah dan dimuliakan menjadi surah pembukaan di dalam mushaf al-Quran.
Di dalam sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a., ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat Rasulullah keluar bermusafir. Di tengah perjalanan mereka singgah di sebuah perkampungan Badwi.
Mereka meminta makanan, tetapi penduduk kampung enggan memberinya. Dengan takdir Allah, salah seorang penduduk kampung disengat binatang berbisa.
Salah seorang sahabat Rasulullah bersedia untuk mengubatinya. Lalu membaca sesuatu dan ditiupkan ke tempat luka lelaki tadi. Dengan kuasa Allah, lelaki itu sembuh.
Para sahabat lain hairan, apakah ayat yang dibacakan oleh sahabat tadi? Sedangkan sahabat mereka bukan seorang tabib atau pernah mengubati penyakit. Sahabat itu menyatakan, dia hanya membaca surah Al-Fatihah. Berita ini sampai kepada Nabi Muhammad dan baginda mengesahkan perbuatan lelaki tersebut.
Riwayat ini membawa pengajaran kepada kita mengenai betapa besar fadhilat surah Al-Fatihah.
Kalau difikirkan dari sudut logik akal, mustahil hanya dengan membaca ayat, bisa daripada binatang boleh sembuh.
Ini yang dikatakan kuasa penyembuh milik mutlak Allah dan kita harus berikhtiar.
Apa yang pasti, kisah ini membawa pengajaran berguna, bahawa ayat suci al-Quran bukan sahaja bertindak sebagai panduan hidup, malah sebagai ejen penyembuh penyakit yang sangat mujarab.
Di kalangan masyarakat Melayu khususnya di Malaysia, ramai meyakini ayat suci al-Quran mampu menjadi penawar, namun hanya bagi penyakit bersifat spiritual atau penyakit kerohanian. Misalnya sihir, santau, saka, rasukan, jin dan lain-lain.
Masyarakat kita masih ramai yang kurang yakin bahawa ayat suci al-Quran mampu malah berkesan merawat penyakit bersifat fizikal seperti kencing manis, darah tinggi, tiroid, ketumbuhan dalam otak dan kanser. Contohnya surah Al-Isra ayat 40 hingga 55 untuk menyembuhkan penyakit berkaitan jantung, surah Qaf ayat 16 hingga 45 untuk menyembuhkan penyakit berkaitan urat saraf dan tulang manakala surah Muhammad ayat 21 hingga 32 untuk menurunkan stres pesakit.
Rata-rata kita tidak melihat proses" penyembuhan melalui ayat al-Quran. Sukar diterima akal, hanya dengan membaca ayat suci al-Quran, penyakit fizikal sembuh tanpa ubat atau pembedahan.
Ramai di antara kita lebih mempercayai perubatan moden, yang jelas kelihatan proses penyembuhan dan rawatan seperti pembedahan, ubat, suntikan dan sebagainya.
Secara peribadi, saya tidak menolak rawatan moden, malah menggalakkan pesakit merujuk kepada doktor atau menjalani rawatan moden.
Namun, apa yang mahu saya tekankan adalah, al-Quran juga mampu menjadi penawar penyakit fizikal.
Firman Allah; Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman..." (Surah Yunus, ayat 57)
Bagaimana al-Quran boleh bertindak sebagai ejen penyembuh? Persoalan ini tidak dapat dijelaskan oleh logik akal manusia, namun sebagai sedikit gambaran kepada pembaca, pertama sekali kita harus yakin bahawa al-Quran adalah mukjizat agung dan firman Allah sendiri menyatakan di dalamnya mempunyai syifa atau penyembuh. Ayat al-Quran mempunyai aura tersendiri yang sepadan dengan jenis penyakit.
Misalnya, sakit kanser, ayat al-Quran yang selari dengannya adalah surah Al-Mukminun ayat 91 hingga 100 dan surah Al-Hajj ayat 31 hingga 55. Ada lagi ayat lain yang berkaitan dengan penyakit kanser.
Begitu juga dengan sakit lain, terdapat ayat al-Quran, yang fungsinya sebagai penyembuh untuk sakit tersebut. Apabila ayat ini dibaca oleh pesakit, maka aura ayat suci ini akan bertindak terhadap penyakit yang dihidapi dengan izin Allah.
Dalam erti kata lain, rawatan menggunakan ayat suci al-Quran ini bertindak umpama rawatan moden, namun prosesnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar dan dijelaskan dengan logik akal.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, sudah ramai pesakit Al-Hidayah sembuh daripada penyakit seperti jantung, buah pinggang, saraf, kanser, gangguan sihir dan saka dan sebagainya, selepas pesakit tekun mengamalkan ayat al-Quran yang diberikan mengikut jenis penyakit.
Selain amalan pembacaan al-Quran secara istiqamah dan konsisten, doa kepada Allah dan keyakinan tinggi terhadap mukjizat agung al-Quran sebagai ejen penyembuh turut diamalkan oleh pesakit.
Dalam pengalaman saya mengubati pesakit kanser selama 13 tahun, saya telah mengumpulkan testimoni pesakit yang telah sembuh dengan izin Allah, untuk tujuan memberi contoh dan bukti kepada pesakit kanser lain akan kemujaraban ayat suci al-Quran dalam menyembuhkan kanser.
Kisah pesakit menceritakan cabaran dan dugaan mereka dalam mengharungi hidup. Kisah tersebut pasti menyentuh sanubari pembaca dan memberi motivasi kepada pesakit kanser untuk terus mencari penawar.
Untuk pengetahuan, kisah tersebut beserta penerangan mengenai mukjizat al-Quran dalam menyembuhkan penyakit kanser telah dibukukan dalam buku bertajuk Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser (Quranic Medicine in Healing Cancer; terbitan MustRead Sdn. Bhd.) yang boleh didapati di kedai buku bermula 1 Mac 2013.
Buku tersebut juga boleh dibeli di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Kesimpulannya, al-Quran adalah mukjizat agung yang diturunkan Allah untuk umat Nabi Muhammad dan kalau bukan kita, siapa lagi yang patut mendaulatkan al-Quran?
Rugi besar jika orang Islam mensesiakan al-Quran dan tidak meyakininya. Yakinlah dengan al-Quran, bukan sahaja sebagai kitab yang dibaca sebagai pertunjuk, tetapi sebagai ubat yang diamal setiap hari sebagai penyembuh.
Akhir sekali, harapan saya agar suatu hari nanti, ramai doktor Muslim dapat menerima al-Quran sebagai medium penyembuh penyakit serta menggunakannya bersama rawatan perubatan moden mereka.
- bersama Haji Lokman Abdul Hamid

Copyright © 2015 Diyana Azman Shoppe